Monday 25 November 2013

INGIN RAWAT KULIT MUKA YANG BERMASALAH(JERAWAT/KUSAM/BERMINYAK)?


Kulit muka adalah kulit yang paling sensitif. Rawatan yang salah akan memudaratkan lagi keadaan kulit muka.

 Bongkar Rahsia Kejelitaan, ESP, Bcomplex, Best Seller, Ingin Langsing Menawan, Rahsia Cantik Menawan,, Testimoni Vitamin E, Testimoni ESP(Soy Protein ), Tips Cantik, Tips Menawan,

Diet Dapat Menghilangkan Jerawat - Get Rid Of Acne

Salah satu cara untuk menghilangkan jerawat adalah mengawal cara pemakanan kita atau lebih dikenali sebagai diet. Tidak salah jika saya menyatakan diet atau cara pemakanan kita adalah faktor terbesar samada menjadikan kita makin sihat atau kurang sihat.

Biasanya perkataan diet lebih fokus mengenai masalah kegemukkan dan obesiti. Dalam post ini saya akan menerangkan bagaimana diet juga dapat membantu merawat jerawat.

Secara asasnya pemakanan yang anda perlu elakkan adalah makanan yang terlalu berminyak dan bergula.

Empat pemakanan tersebut adalah:

1. Kurangkan pengambilan gula

Bagi anda yang suka makanan manis, cuba kurangkan. Walau pun tiada kajian terperinci mengenai gula penyebab jerawat tetapi ramai doktor menyatakan pengambilan gula dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan jerawat semakin teruk. Contoh makanan yang mempunyai gula berlebihan adalah coklat, kek dan minuman ringan.

2. Minyak ikan membantu jerawat sembuh

Ikan bukan sahaja baik untuk kesihatan di dalam badan. Ikan juga mengandungi omega 3 di mana ia memberikan kebaikan kepada kulit anda dan mencegah pembentukkan jerawat. Lebih elok anda memilih ikan yang dimasak sup daripada bergoreng.

3. Vitamin untuk mencegah jerawat

Vitamin penting untuk mencegah dan merawat jerawat. Antara vitamin yang paling penting untuk kulit adalah Vitamin A, E dan B5. Contoh terbaik makanan yang mengandungi vitamin tersebut adalah buah-buahan seperti betik, pisang dan apple.

4. Pengambilan “Zink” untuk merawat jerawat.

Makan telur, bijiran dan cendawan untuk merawat jerawat kerana ia adalah sumber utama zink. Zink adalah sejenis mineral yang dapat memberi kekuatan kepada imunisai di dalam badan anda untuk merawat pelbagai penyakit temasuklah jerawat.


Kombinasi pemakanan di atas dapat merawat dan mencegah jerawat secara semulajadi. Sekarang anda sudah tahu rahsia pemakanan yang dapat membantu menghilangkan jerawat. Jadi, jangan lupa amalkan ya! supaya kulit anda sentiasa sihat dan cantik sepanjang masa .

INGIN DAPATKAN SUPPLEMENT UNTUK MERAWAT KULIT MUKA YANG BERMASALAH(JERAWAT/KUSAM/BERMINYAK)? ANTARA SET YANG FAMOUS:

+ VITA E COMPLEX (anti penuaan, mengurangkan kedutan kulit, memudarkan bekas2 jerawat)
+ GLA COMPLEX (mencantikkan kulit, pertumbuhan kuku, rambut yg sihat, memudarkan kesan jerawat, menstabilkan hormon ; masalah jerawat ketika period)
+ ESP (membantu keberkesanan penyerapan vitamin2 lain/memudarkan kesan jerawat dgn cepat, mengatasi masalah kulit muka berminyak, melembabkan kulit kering, mencerahlkan kulit & pelbagai

TESTIMONI 1
Bongkar Rahsia Kejelitaan, ESP, Bcomplex, Best Seller, Ingin Langsing Menawan, Rahsia Cantik Menawan,, Testimoni Vitamin E, Testimoni ESP(Soy Protein ), Tips Cantik, Tips Menawan,

TESTIMONI 2
Bongkar Rahsia Kejelitaan, ESP, Bcomplex, Best Seller, Ingin Langsing Menawan, Rahsia Cantik Menawan,, Testimoni Vitamin E, Testimoni ESP(Soy Protein ), Tips Cantik, Tips Menawan,


TESTIMONI 3
Bongkar Rahsia Kejelitaan, ESP, Bcomplex, Best Seller, Ingin Langsing Menawan, Rahsia Cantik Menawan,, Testimoni Vitamin E, Testimoni ESP(Soy Protein ), Tips Cantik, Tips Menawan,


senggugut...SAPA YANG PERNAH KENA...?Jom kita ubatinya..

Seksanya tgk adik2 yang diserang sakit ketika period. Berguling2.. menangis menahan kesakitan. Ada yang sampai ambil MC sebab tak boleh pegi keja..

Senggugut disebabkan pergerakan otot uterus yang mengecut dan mengembang dengan kuat semasa darah kotor turun daripada dinding uterus membawa kepada kontraksi. Pergerakan ini yang menyebabkan kita berasa ngilu & sakit.

RAWAT SENGGUGUT/PMS DENGAN SHAKLEE




Dalam Shaklee 3 suplemen dicadangkan :
1. B Complex
  • Vitamin B-complex khususnya vitamin B5 ( asid panthothenik ), B6 dan B12 telah terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.
  • Vitamin B5 membantu mengurangkan rasa tertekan dan ianya diperlukan oleh kelenjar adrenal.
  • Vitamin B6 membantu mengurangkan penyimpanan air, menambahkan aliran oksigen kepada organ wanita, juga membantu menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.
  • Vitamin B6 juga meringankan simptom-simptom fizikal dan mental termasuk kembung perut, pening, kerimasan dan perasaan marah-marah.
  • Vitamin B12 membantu meringkankan tekanan, menghindar anemia dan ianya diperlukan untuk semua fungsi badan.
2. OsteMatrix (Kalsium Magnesium) 
  • Wanita yang mengambil kalsium yang mencukupi dapat mengurangkan masalah senggugut.
  • Sebelum haid bermula, PARAS BEKALAN KALSIUM AKAN MENURUN menyebabkan emosi tidak stabil dan lain-lain simptom senggugut. Oleh itu, pengambilan kalsium tambahan dapat mengawal turun naik perasaan serta simptom-simptom yang lain
  • Wanita yang menghidap senggugut juga kekurangan Magnesium.
3. GLA Complex 
  • Apabila seseorang itu mengalami senggugut, ia melibatkan kekejangan otot didalam rahim. Kajian mengatakan, keadaan ini terjadi apabila tubuh seseorang kekurangan GLA ( Gamma Linolenic Acis). Jadi dengan pengambilan GLA COMPLEX SHAKLEE adalah sangat perlu untuk memenuhi gla yang kurang itu tadi.
  • Pati biji borage, iaitu biji tumbuhan yang merupakan sumber terkaya bagi GLA semulajadi.
  • Wanita yang menghidap senggugut tidak dapat menukarkan asid linolenik ( sejenis asid lemak yang penting ) dengan baik untuk menjadi GLA. Oleh itu, pengambilan GLA tambahan dapat meringankan simptom senggugut.

Sunday 24 November 2013

Mencari Penawar Rambut Gugur






Bila kita dapati banyak sangat produk untuk atasi rambut gugur, sememangnya ia bukan masalah luar biasa, ramai orang hadapinya.
Namun, produk yang mana satu yang sesuai? Ya, tak semua produk menjadi untuk semua orang, kerana masalah setiap orang berbeza-beza.
Penyebab keguguran rambut boleh jadi kerana tekanan (stress), atau pengambilan ubat-ubatan, kekurangan nutrien misalnya zat besi, zinc atau kuprum, atau simptom masalah tiroid atau penyakit auto-imun. Salah satu penyebab lagi adalah hormon. Kebanyakan ibu beranak kecil mula mendapati rambut gugur dengan banyak semasa anak menyembur air liur. Sebenarnya ia berkait dengan hormon androgen, kerana proses mengandung, bersalin dan menyusukan membabitkan banyak fungsi hormon.
Masalah keguguran rambut tidak semestinya berfaktorkan usia. Ramai orang terutama lelaki, dalam 30% dari mereka mengalami masalah ini semasa berusia 30 tahun.
Walau bagaimanapun, anda harus faham rambut kita mengalami 3 fasa – anagen : fasa menumbuh; catagen : fasa memanjang; dan telogen : fasa berehat. Rambut kita sentiasa ada rambut baru dan rambut yang gugur. Namun yang jadi masalah kalau rambut banyak sangat gugur, hingga ia tidak dapat menghambat kitaran anagen.
Jadi, bagi membantu anda yang bermasalah rambut gugur, beberapa produk dari Shaklee yang boleh anda cuba:-
- Zinc Complex (untuk rambut rosak, rapuh dan bercabang)
- B Complex (untuk masalah peredaran darah)
- Vitalea (untuk masalah kekurangan zat besi)
- ESP (untuk rambut rapuh dan bercabang)
- GLA Complex (untuk yang bermasalah hormon terutama ibu lepas bersalin)
Anda juga boleh mencuba syampu dan perapi Prosante serta Scalp Care Serum.
Semoga masalah keguguran rambut anda selesai dengan Shaklee!




Ostematrix – Nutrien Untuk Membina Tulang Yang Unik



Nenek nenek si bongkok tiga… siang mengantuk malam berjaga…
Bongkok… adalah gejala bongkok ni merupakan proses semulajadi penuaan? Dalam ertikata lain, bila dah tua, automatik akan menjadi bongkok. Benarkah?
Mengikut teori terbaru, proses penuaan tidak berkaitan dengan usia tua. Maknanya usia muda pun boleh mengalami proses penuaan, dan kalau tua pun tak semestinya mengalami proses penuaan.
Bagaimana? Salah satunya ialah membekalkan tubuh dengan nutrien yang diperlukan secukupnya!
Bagi mengatasi masalah bongkok yang juga merupakan salah satu gejala osteoporosis (tulang ‘reput’).. Oh ya kalau dalam iklan TV An**** tu selalu kata yang wanita Malaysia hanya mendapat 50% kalsium harian, dan jisim tulang mula merosot bila kita mula mencedah usia 30 tahun. Mahukah cepat bongkok? Tentu tidak kan?
OK sebelum itu, apakah kalsium ni? Biasa orang kaitkan kalsium dengan tulang, kan? Sakit tulang.. kurang kalsium.. nak kuatkan tulang.. banyakkan makan kalsium.. Sebenarnya, BUKAN KALSIUM SEMATA-MATA yang terlibat dalam pembinaan tulang. Bayangkan macam ni.. kalsium adalah batu-bata dalam proses pembinaan tulang. Bolehkan kita membina bangunan yang kukuh dengan batu-bata sahaja tanpa simen atau mortar untuk melekatkannya antara satu sama lain??? Tak boleh kan? Di sinilah pentingnya mineral lain seperti magnesium, boron, zink, kuprum, mangan vitamin K dan vitamin D.
Memperkenalkan…
ostematrix shaklee
Ostematrix! Bukan sekadar kalsium…
Ostematrix mengandungi gabungan sempurna “batu bata-dan-mortar untuk membina tulang yang kuat dan sihat.
  • 1,000 mg (100% DV) kalsium unsur dari sumber alam semula jadi yang paling yang concentrated dan mudah diserap
  • 400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan membantu menguatkan tulang
  • 400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium
  • Boron dalam jumlah yang disokong secara klinikal untuk membantu metabolisme tulang
  • Vitamin K membantu mengikat mineral untuk membentuk tulang
  • Mangan, copper, dan zink - co-factor yang mengaktifkan enzim yang membantu membina jisim tulang
OsteoMatrix juga membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengurangkan gejala PMS .Ia juga membantu dalam pengecutan otot dan transmisi saraf.
Kenapa anda perlu pilih Ostematrix Shaklee?
  • Nutrien pembinaan tulang yang lengkap
  • Terbukti secara klinikal
  • Mudah ditelan dan mudah diserap badan
  • VITAMIN SEMULAJADI!
Siapa yang perlu mengambil OsteMatrix Shaklee?
  • Mereka yang kurang mendapat zat2 membina tulang dari pemakanan harian.
  • Mereka yang mengambil berat tentang pembinaan tulang dan mengekalkan tulang yang sihat untuk jangka masa panjang
  • Mereka yang merokok, pengambilan alkohol yang tinggi, atau kerap minum minuman ringan - tabiat gaya hidup yang boleh mengehadkan atau mengganggu penyerapan kalsium
  • Wanita yang berumur 30 tahun dan ke atas, remaja dan warga tua.
  • Ibu hamil dan menyusukan anak
  • Wanita yang mengalami gejala PMS
  • Mereka yang mengambil berat tentang tekanan darah yang normal
  • Sekiranya anda sukar menelan kalsium dalam bentuk lain
Dapatkanlah Ostematrix hari ini. Harga istimewa hanya di Vitamin Shoppe! :)
Jangan sampai dah sakit-sakit tulang baru nak cari.. menyesal nan




Soal Jawab Tentang Shaklee



1. Adakah Shaklee ini Halal?
Jawapan : Halal. 

2. Mengapa urin saya bertukar jadi kekuningan selepas mengambil vitamin?
Jawapan: Ianya adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.

3. Mengapa susu saya bertukar kuning kehijauan?
Jawapan: ia adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air. 

4. Adakah trial pack masih ada untuk saya cuba?
Jawapan: Ianya sentiasa ada , di sediakan dengan harga yang berpatutan. Bagi pertama kali mencuba, adalah digalakkan membeli trial pack terlebih dahulu. 

5. Saya mengalami pening2 selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah tidak serasi?
Jawapan: Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang TIDAK kurang dari 2 liter. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca dari less water intake. Satu lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama kali mengambil supplement, maka tubuh memerlukan 1-3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima. (Ibaratkan seorang yang tidak punyai perabot di dalam rumahnya dan tiba2 datang orang menghantar perabot serta memenuhi ruang kekosongan dalam rumah, pastinya individu itu perlukan masa untuk menyesuaikan diri.). Hakikatnya keserasian memerlukan masa. 
6. Saya selesa dengan vitamin Shaklee setelah mencubanya melalui trial pack. Boleh saya beli full pack dengan best price?
Jawapan: Boleh dan ianya lebih menjimatkan. 
7. Saya seorang yang kurang minum air kerana malas nak ke tandas, bolehkah saya mengambil supplement ini sebab mempunyai masalah buasir.
Jawapan: Tidak saya galakkan mereka yang kurang minum air mengambil supplement, ini kerana ia tidak dapat disalurkan dengan baik ke seluruh tubuh. 

8. Adakah vitamin ini membantu saya cepat sembuh dari penyakit yang saya lalui?
Jawapan: Vitamin bukan dalam kumpulan ubat. Ianya sekadar supplement iaitu makanan tambahan yang mengisi ruang kekosongan dalam tubuh. Seterusnya ia membantu badan meningkatkan sistem imun dan secara langsung membantu tubuh melawan penyakit. Sekiranya penyakit yang kronik atau berlarutan maka memang memerlukan masa dan perlu mengambil antioksidan seperti ACE, Nutriferon ataupun Vivix untuk membantu meninggikan daya ketahanan tubuh. Tidak lupa doa serta tawakal pada Yang Esa. 

9. Bolehkah saya membeli sendiri vitamin di mana2 sales branch?
Jawapan: Boleh, hanya mesej saya di talian 012-9845644 untuk dapatkan ID Shaklee. 
10. Adakah normal bagi anak saya, setelah pengambilan vitamin, si kecil minum sedikit dan terus lena. Berbeza dengan sebelum ini, si kecil saya akan mengamuk2 dan asyik berjaga mahu menyusu.
Jawapan: Ibu2 yang mengambil vitamin dalam diet harian selain pengambilan makanan harian yang lengkap(tidak berdiet kerana kawalan makanan akan menggangu penghasilan susu) akan mendapati susunya akan bertambah pekat dan anak akan minum sdikit sahaja serta mudah lena. Apabila ini berlaku si ibu di sarankan mengepam sebaik sahaja si kecil lena. Agar penghasilan susu dengan lebih banyak dapat dihasilkan. 

11. Adakah vitamin Shaklee selamat diambil oleh ibu yang mengandung? 
Jawapan: Ya boleh kerana ia adalah vitamin. Setiap ibu mengandung akan dibekalkan oleh doktor vitamin demi memastikan si ibu dan anak sihat dan selamat semasa proses kelahiran.
12. Apakah vitamin yang baik untuk diambil oleh ibu yang menyusu?
Jawapan: Secara basic saya sarankan 4 jenis iaitu Vitalea, b complex, Vitamin C dan Alfalfa. Namun seandainya mempunyai lebihan rezeki boleh mengambil ESP iaitu soya protin kerana ini membantu anak mudah kenyang dan pembesaran anak lebih lancar. 

13. Mengapakah saya mudah rasa lapar setelah mengambil vitamin? 
Saya takut saya akan gemuk. Adakah saya mempunyai potensi untuk gemuk?
Jawapan: Pengambilan B complex dan multivitamin boleh membuatkan seseorang itu mudah merasa lapar. Ini kerana B complex berfungsi membakar glukos untuk menghasilkan tenaga. Rasa lapar itu adalah salah satu body sign yang bermaksud tubuh memerlukan gula untuk ditukarkan kepada tenaga.
 
Makanan yang dimakan akan ditukar segera kepada tenaga, itu sebabnya mengapa mereka yang mengambil B complex akan sentiasa rasa bertenaga. Walaubagaimanapun ada sesetengah individu tidak dapat mengawal nafsu makannya.Ini yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berat badan dengan ketinggian seseorang. Pastikan anda mengambil 3 meal sehari dengan masa yang teratur dan jika terasa lapar di antara waktu tersebut, cubalah makan buah2an atau makanan yang kaya dengan serat supaya tidak mudah mengalami kegemukkan.

Bagaimana anda boleh kurus dengan Omega Guard???


Menurut National Institutes of Health, Supplement Minyak Ikan bukan sahaja dapatmengurangkan kolestrol bagi penghidap Darah Tinggi malahan dapat memecahkan lemak bagi individu yang mengalami masalah berat badan berlebihan. Omega-3 fatty acids @ polyunsaturated fatty acid dijumpai dalam minyak ikan yang mana sangat penting dalam diet harian anda kerana ianya tidak dapat dihasilkan oleh badan.

Omega 3 Fatty Acid yang terkandung dalam OMEGA GUARD SHAKLEE dapatmempengaruhi hormon yang dikenali sebagai LEPTIN iaitu hormon yang signifikan dalam mengawal SELERA MAKAN. Leptin akan menghantar isyarat kepada otak untuk mengawal selera makan sekaligus mengurangkan rasa lapar. Leptin juga meningkatkanKADAR METABOLISME dimana ia menukarkan LEMAK daripada makanan kepadaTENAGA. Jika badan kita gagal memberikan respon yang baik kepada Leptin, kita akan berasa cepat lapar dan badan akan menyimpan banyak lemak seterusnya menyebabkan kegemukan.



~SET KURUS SHAKLEE BERTAMBAH HEBAT APABILA diambil bersama kombinasi : 

OMEGA + LECITHIN + ALFALFA+ESP/CINCH


Lecithin:- sebagai agen memecah dan menguraikan lemak.pengambilan lecithin dapat menghalang obesiti & mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.



Alfalfa:- dapat menyingkirkan lemak, kolesterol & sebagai pengangkut keluar lemak dari badan

Cara Kempiskan Perut Buncit dan Menggeleber Selepas Bersalin


Assalamualaikum / salam sejahtera semua, 


Pasti ramai ibu-ibu lepas bersalin yang risau akan perubahan bentuk badan dan peut buncit serta menggeleber. Di sini saya share kan beberapa tips untuk membentuk kembali tubuh badan yang anggun dan perut yang kempis serta menawan.
Antaranya: 

SUSU IBU : Susukan anak dengan susu badan anda (susu ibu) sebaik sahaja lepas bersalin. Sebaiknya, lakukan penyusuan eksklusif sekurang-kurangnya 6 bulan dan dilanjutkan sehingga 2 tahun. Menyusu badan boleh mempercepatkan proses pengecutan rahim dan membakar 200 hingga 600 kalori sehari

BERBENGKUNG : Mungkin ramai di kalangan ibu-ibu yang tidak gemar berbengkung selepas bersalin – rimas, panas, tidak selesa dan sebagainya. Tapi tahukah anda, berbengkung boleh membantu mengembalikan bentuk badan asal. Gunakan bengkung yang sesuai dengan cara pemakaian yang betul bagi mengelakkan kesan negatif yang tak diingini. Pemakaian bengkung yang tidak betul juga boleh memudaratkan.

BERTUNGKU/ BERTANGAS/ BERSAUNA : Amalan bertungku mungkin sudah makin kurang popular pada hari ini. Selepas bersalin, bertungku adalah kaedah tradisional ibu-ibu sejak dahulu untuk memecahkan darah beku, lemak dan mengurangkan bengkak dalam perut/ rahim. Bertangas dan bersauna pula membantu memecahkan lemak, angin dan air berlebihan dalam badan

KAWALAN PEMAKANAN : Ibu menyusu tidak digalakkan berdiet berlebihan kerana khasiat yang seimbang dan kalori yang mencukupi diperlukan terutamanya di bulan-bulan pertama menyusukan bayi anda. Walaubagaimanapun ia tidak bermakna anda boleh makan sesuka hati dan mengabaikan bentuk badan yang semakin merosot. Jika anda tidak menyusu atau bayi anda tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu, lakukan kawalan pemakanan yang sesuai bagi mengelakkan masalah perut buncit dan menggeleber semakin teruk. Kurangkan pengambilan lemak dan minyak, ambil protein mencukupi bagi membina semula otot dan mengelakkan perut menggeleber. Lebihkan makanan yang membantu proses membakar lemak seperti oat, kekacang, bayam, salmon dan madu.

SENAMAN DAN AKTIVITI FIZIKAL : Senaman kardiovaskular dan abdominal tertentu boleh membantu anda mengempiskan perut. Dapatkan kaedah yang betul senaman khusus untuk membentuk perut ini dari jurulatih senaman atau bahan rujukan yang disediakan pakar. Aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang juga mampu mengurangkan lebihan lemak di bahagian perut dan sekaligus membina otot perut. Lakukan secara konsisten bagi mendapatkan kesan terbaik

BETULKAN POSTUR TUBUH : Kebanyakan ibu-ibu terlalu sibuk untuk mengambil berat postur badan mereka. Tahukah anda, masalah postur yang tidak baik ketika berjalan, duduk dan mengangkat barang juga menyebabkan masalah perut buncit dan menggeleber sukar diselesaikan. Jangan pandang remeh cara anda bergerak setiap hari

DETOKSIFIKASI : Lebihan toksin dalam badan kebanyakannya terkumpul di bahagian perut. Ia menyebabkan anda mengalami masalah penghadaman dan seterusnya mengakibatkan lebihan makanan dan lemak terkumpul di bahagian perut. Lakukan proses detoksifikasi dari masa ke semasa dan apabila perlu bagi membantu mengurangkan toksin dalam tubuh anda terutamanya perut.

Bagaimana supplemen Shaklee membantu?
perut buncit lepas bersalin
Set Slimming
 
Bagi membantu proses mendapatkan kembali perut anda yang cantik dan seksi, rangkaian supplemen Shaklee ada menyediakan beberapa pilihan. Tapi ingat! Supplemen hanya membantu sahaja – ia bukan ubat kurus atau magic potion yang boleh menghilangkan perut buncit dan menggeleber dalam sekelip mata TANPA anda melakukan usaha lain seperti tips di atas.

Apakah kebaikan dan fungsi ketiga2 vitamin ini dalam menangani msalah anda?

Lecithin
- Lecithin membersihkan saluran darah dan juga pengemulsi semula jadi bagi lemak di dalam darah. lecithin ni emulsifier yang sangat power!
- Mencerdaskan otak dan mengurangkan nyanyuk.
- mengawal penggumpalan platlet darah.
- Menggalakkan penyerapan vitamin ADEK.
- Mengekalkan kandungan air dalam kulit.
- Untuk metablisma lemak.

Herba Lax
- mercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau yang tersimpan lama
- membantu masalah sembelit
- tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel management)
- kempiskan perut
- membantu mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan di dalam air panas sebagai minuman teh herba.

 Alfafa
~ Bertindak seperti kacip fatimah
~ Milk Booster bagi ibu menyusu
~ Melegakan sakit sendi dan belakang.
~ Menghilangkan kelesuan dan tekanan.
~ Memberi kelegaan semasa haid.
~ Memulihkan urat selepas bersalin
~ Bagus untuk elergi dan ekzema
~ Merawat asma
~ Mencuci usus bagi membuang toksik
~ Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
~ Meneutralkan asid dalam badan
~ Membesar dan menegangkan payudara
~ Melegakan sembelit
~ Memberi sensasi ‘rasa sejuk’
~ Mengatasi masalah kekeringan semasa bersama suami